Monday, April 13, 2009

SEJARAH KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) SMKDMYS

Bermula pada Januari 2003 dengan jumlah pelajar tingkatan 1 KRK seramai 28 orang (22 perempuan dan 6 lelaki) secara dalaman. Sehingga pada Januari 2005, apabila pelajar tersebut berada di tingkatan 3 barulah mula diiktiraf secara menyeluruh sama ada di peringkat daerah dan negeri.

Manakala pelajar tingkatan 1 seramai 26 orang (17 perempuan dan 9 lelaki) dan pelajar tingkatan 2 seramai 22 orang (16 perempuan dan 6 lelaki). Sehingga sekarang jumlah keseluruhan pelajar KRK seramai 197 orang daripada tingkatan 1 hingga 5.


VISI


Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah.


MISI


Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentuk pelajar-pelajar menyerlahkan potensi sebenar dari aspek komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.


OBJEKTIF


Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.


MATLAMAT


Memperkasakan pelajar KRK melalui pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman. Diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar KRK yang berkembang dari segi kognitif dan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sahsiah. Di samping mewujudkan generasi yang positif terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara serta memiliki jati diri yang mantap.


SASARAN


Pelajar-pelajar KRK ini mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan PMR. 20% pelajar-pelajar mendapat ‘perfect score’ dalam PMR.